ASSALAMUALAIKUM
PENDAHULUAN KONTRAK SOSIAL
Kontrak sosial merupakan istilah yang digunakan dalam bidang falsafah, sains politik dan sosiologi bagi menjelaskan wujudnya persetujuan bersama secara sukarela di kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan hak dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat. Dalam konteks Malaysia, kontrak sosial merujuk kepada perjanjian yang dibuat oleh para pengasas kemerdekaan negara dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan 1957.
Ini adalah mengenai perlembagaan
Malaysia sebagai suatu ‘Kontrak Sosial’ yang menstrukturkan sistem sosial
Malaysia di negara yang bersifat majmuk, dimana Kontrak Sosial merupakan satu
persemuafakatan dan perkongsian murni antara kaum di Malaysia. Penggubalan
Perlembagaan merupakan satu proses rundingan kontrak sosial di mana umat Melayu
bersedia melepaskan sebahagian dari hak-hak mereka manakala kaum-kaum bukan
Melayu berjanji menerima syarat-syarat agar disahkan menjadi rakyat Persekutuan
Tanah Melayu. Hak keistimewaan Melayu, Kedudukan Raja-Raja Melayu, Agama Islam
sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta taraf
kerakyatan melalui Prinsip ‘Jus Soli’ merupakan sebahagian daripada kandungan
dalam kontrak sosial yang telah dipersetujui. Malangnya kontrak sosial ini kini
semakin dilupakan oleh kaum-kaum bukan Melayu dan segelintir umat Melayu.
Akibatnya, secara beransur-ansur, sedikit demi sedikit kedudukan umat Melayu
dalam bidang ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya dikompromikan.
Sejarah Kontrak Sosial
Kontrak Sosial telah lama mekar di dalam masyarakat. Tiga orang ahli falsafah
yang banyak menghidupkan dan mewarnai teori Kontrak Sosial dalam sains politik moden Barat, ketika zaman pencerahan dan Revolusi Industri adalah Thomas Hobbes
[Leviathan, 1651M], dikuti oleh John Locke [TwoTreaties of Goverment, 1690M] dan Jean Jacques Rousseau [Du Contrat Social 1762M]. Karya Rousseau, Du Contrat
Social, dikatakan amat berpengaruh dalam mencetuskan Revolusi Perancis 1789.
Dalam konteks Islam, Kontrak Sosial dikenali sebagai Piagam Umat. Begitulah para sahabat yang mulia telah melepaskan segala ikatan yang ada pada mereka hanya semata-mata untuk mengikat diri mereka dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Mereka meninggalkan ikatan sejarah mereka dan mengikat diri dengan ikatan Islam. Setelah Rasulullah S.A.W hijrah ke Madinah, maka baginda terus menggubal piagam yang dinamakan Sahifah Al-Madinah (Piagam Madinah) sebagai asas kepada pembentukan sebuah negara baru, yakni Daulah Islamiyyah. Sahifah yang menjadi dokumen asas negara ini digubal berdasarkan wahyu semata-mata. Antara kandungan yang jelas adalah unsur pembentukan Negara, hubungan antara orang Islam dan kafir serta hubungan luar negara. Yang paling penting sekali adalah jika wujud sebarang persengketaan, hendaklah ia dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. Merujuk kepada hubungan antara kaum. Hak setiap kaum masih dipelihara sebagai usaha mewujudkan Negara Madinah yang harmoni.
Kontrak sosial memainkan peranan penting di dalam menjaga dan mempertahankan prinsip ketuanan Melayu. Kontrak ini sebenarnya telah dipersetujui dahulu dan ia adalah perjanjian antara orang Melayu dengan orang bukan melayu di dalam kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan pemberian hak kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu. Namun penekanan yang lemah tentang perkara ini telah menyebabkan ramai golongan muda sekarang tidak mengetahui perkara ini. Sepatutnya golongan bukan Melayu dan Bumiputera harus tahu bahawa kontrak sosial ini masih digunapakai dan perlu diikuti sehingga bila bila. Namun dewasa ini, perkara ini telah di ambil mudah dan menyebabkan ramai pihak lupa akan perkara ini maka wujudlah pelbagai ancaman dan soal hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera dipertikaikan.

KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL

- ianya bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kelompok diri atau masing-masing
- untuk memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing
- untuk memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun temurun
Isi Kandungan Kontrak Sosial di Malaysia
1) Orang Melayu
menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara.
2)Orang Cina dan
India mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan
3) Orang Cina dan India mengiktiraf agama Islam sebagai agama
persekutuan.
4) Orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja - Raja Melayu

5) Orang Cina dan India mengiktiraf Hak keistimewaan orang Melayu
Keistimewaan Kontrak Sosial
Tentang hak asasi tetap ada, hak bersekolah bahasa ibunda, berbudaya sendiri, berbahasa sendiri, beribadat, berpakaian sendiri, berhiburan sendiri dan apa sahaja seperti makan pakai cara sendiri
Dapat hidup secara aman dan selesa, bebas bergerak ke sana ke mari, tiada pergaduhan antara kaum, tiada kekacauan di tengah-tengah jalan, boleh merayakan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Gawai, boleh pergi ke universiti, boleh melancong ke India, China, Hong Kong atau Taiwan, boleh menjadi menteri, wakil rakyat, hakim, askar, dan setiap individu boleh tidak kira Melayu atau Cina dan India
Perlembagaan di Malaysia
Perlembagaan yang diperkenalkan oleh British sebenarnya telahpun diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian Pangkor menyebabkan British mula berkuasa menentukan undang-undang mengikut kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan Pembesar Melayu. Sultan dan Pembesar Melayu hanya berhak di dalam hal-hal keagamaan dan adat istiadat Melayu
Pada 27 mei 1961 Tunku Abdul Rahman berhasrat untuk membentuk Malaysia dan disambut baik oleh British kerana ia akan menjadikan hal ini lebih mudah bagi British menguasai Malaysia dengan badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah dan Sarawak yang selesai pada Februari 1962 dan laporan penuh pada 21 Jun 1962 . Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu satu undang-undang digelar Akta Malaysia telah diluluskan pada 26 ogos 1963 untuk menyesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 September 1963.
Setelah sekian lama maka kerajaan Malaysia memudahkan tugasnya dengan mengubah dan membuat beberapa pindaan sehinggalah terbentuk Perlembagaan Malaysia yang memasukkan Sabah dan Sarawak di dalam Perlembagaan ini. Dan Sehingga sekarang Perlembagaan Malaysia ini mengandungi:
1) Ketinggian Perlembagaan Persekutuan
2) Yang Dipertuan Agung
3) Raja dan Yang Dipertua Negeri
4) Jemaah Menteri
5) Parlimen
6) Pilihan raya
7) Kehakiman
8) Perkhidmatan awam
9) Negeri-negeri
10) Perhubungan persekutuan dan negeri
11) Peruntukan kewangan
12) Kebebasan asasi
13) Perbuatan surbertif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan
14) Agama Islam
15) Kewarganegaraan
16) Orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
17) Bahasa kebangsaan
18) Ibukota persekutuan
19) Pindaan perlembagaan

Semangat Hubungan Etnik dalam Kontrak Sosial
Tiada ulasan:
Catat Ulasan